Khasiat Buah Tin Melawan Kanser

0

Khasiat Buah Tin Melawan KanserBuah tin satu masa dahulu sangat sukar untuk diperolehi secara segar . Kebanyakan masa , buah tin lebih mudah didapati dalam bentuk kering melalui jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Mekah . Tapi kini , buah tin bukan sahaja boleh didapati secara segar , malah juga boleh ditanam pada tanah beriklim khatulistiwa seperti Malaysia .


Khasiat Buah Tin Melawan Kanser
Buah Tin yang sudah masak ranum .


Buah tin secara fizikalnya berbentuk bulat pada bahagian atasnyanamun kian menguncup pada bahagian bawahnya . Buah tin yang sudah cukup masak berwarna ungu . Buah tin berwarna merah pada bahagian dalamnya . Di dalam buah tin , terdapat banyak biji-biji kecil pada bahagian tengahnya . Rasanya yang tidak terlalu manis memang sangat sesuai dimakan untuk mereka yang hidap kencing manis .

Khasiat Buah Tin Melawan Kanser


Tahukah anda bahawa buah Tin merupakan buah yang banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda . Dengan memakanya , anda boleh mengelakkan diri anda dari menghidap pelbagai penyakit . Berikut adalah antara khasiat buah tin yang anda perlu tahu .


1- Buah tin didapati dapat melindungi dan mencegah tubuh badan daripada penyakit kanser usus besar (kolon).

2- Buah tin kaya dengan serat terlarut yang didapati mampu mengurangkan berat badan.

3- Buah tin dikatakan Mengandungi serat yang tinggi . Malah rasa manisnya adalah semulajadi.

4- Buah tin dapat Mencegah dari penyakit kanser dan juga serangan jantung.

5- Buah tin mempunyai beberapa bahan yang boleh melawan kanser.

6- Di dalam buah tin mengandungi sejenis bahan yang dinamakan sebagai ' polyphenols' . Kandungan Bahan ini sangat tinggi di mana ianya bertindak sebagai antioksidan.

7- Antioksidan yang terkandung dalam buah tin amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.



8- Tahukah anda bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol' dalam buah tiin adalah paling tinggi  jika dibandingkan dengan buah- buahan dan sayur- sayuran yang lain.

9- Buah tin juga didapati mengandungi bahan sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser seperti ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘Benzaldehyde' ddapati terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala pula ‘ coumarins' adalah berfungsi untuk merawat kulit dan kanser prostat.

10- Kandungan Serat, kalium dan magnesium di dalam buah tin didapati dapat mengurangkan serangan angin ahmar . Selain itu mampu juga mengawal tekanan darah tinggi.

11- Buah tin dikatakan boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa yang terdapat di usus kecil.

12- Serat yang tinggi serta karbohidrat dalam buah tin hadir dalam bentuk yang ringkas seperti glukosa dan fruktosa didapati mampu mengawal paras gula dalam darah tubuh manusia .

13- California Fig Advisory Board iaitu Lembaga Penasihat Buah Tin di California telah menggelarkan buah tin sebagai ‘ nature's most nearly perfect fruit ' yang bermaksud ‘ buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi '.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud :


" Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya ". 
(HR Abu Darda; Suyuti).

Buah tin merupakan buah dari syurga sebagai mana yang diceritakan di dalam al-Quran . Ini bemakna , buah tin banyak khasiatnya kepada kesihatan kita jika diamalkan pemakanannya .


Buat Bedak Sendiri

1

Assalamualaikum ...

Buat Bedak Sendiri | Cynta memang suka buat ekperimen . Selalunay Cynta buat untuk jimatkan perbelanjaan selain nak tahu apa kesannya . Yang penting , tak memudaratkan diri sendirlah . Setakat ni Cynta dah buat ekperimen untuk merahkan bibir yang lebam ( boleh klik di SINI ) dan bibir kekal lembap walaupun berpuasa 9 belum buat entry lagi ) . 


Buat Bedak Sendiri


Buat Bedak Sendiri


Idea nak buat bedak sendiri ni bermula dengan serbuk tulang sotong . Orang zaman dulu kan buat bedak guna bahan alami yang ada kat sekitar mereka . Serbuk tulang sotong ni dah lama dah Cynta simpan . Satu hari tu , Cynta nampak bedak 3A ( bedak batu , Bekasnya ada gambar 3 kuntum bunga ros warn hijau ) . Maka datanglah idea Cynta nak campurkan mereka ni menjadi satu . 

Caranya mudah saja . Campurkan serbuk tulang sotong dengan bedak batu dalam pengisar kering . Pastu kisarlah sampai halus . 


Buat Bedak Sendiri


Serbuk Bedak Arab


Cynta ada bedak arab tapi dah berderai . Susah doh nak tekap pada span . Jadinya , Cynta cuba dapatkan bedak batu . Cari bedak batu 3A tapi tak ada . Jadinya Cynta guna saja bedak batu Hoi Tong ni . Insha Allah , tak ada campuran bahan yang tak halal . Bedak ni buatan Indonesia . Bedak Hoi Tong ni boleh juga dijadikan sebagai masker . Alah , macam kita pakai bedak sejuk tu . Kalau rajin amalkan , boleh cerahkan dan haluskan kulit wajah kita tau .


Buat Bedak Sendiri


Bila dah ada bedak Hoi Tong ni , Cynta satukan  bedak arab , bedak Hoi Tong dan serbuk tulang sotong di dalam pengisar kering . Selepas tu kisarlah sampai mereka mesra dan halus . Kalau tak ada serbuk tulang sotong pun tak mengapa .


Buat Bedak Sendiri


Walaupun hasilnya tak sehalus pedak compact yang ada di pasaran , tapi sudah memadai untuk menutup cela di muka . Sangat sesuai dibuat masker bagi mereka yang kulit berminyak . Bila dah tepek kat muka tu , rajinkanlah sapu kat serata kulit . kalau selalu buat , kulit muka akan jadi halus .



Cara Mudah Jeruk Asam Boi

0


Cara Mudah Jeruk Asam Boi | Asam merupakan makanan yang dijeruk . Umumnya , ramai wanita amat menyukai jeruk samada jeruk basah ataupun jeruk kering . Selalunya pemakanan jeruk ini melibatkan wanita mengandung dengan tujuan untuk menghilangkan rasa loya pada tekak . 


Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Asam Boi


Asam Boi merupakan buah yang dikeringkan bersama bahan - bahan perasa , pewarna dan pengawet untuk dijadikan makanan ringan ataupun kudap - kudapan . Asam boi mula dihasilkan di China malah sehingga kini masih dikeluarkan oleh negara besar itu .

Asam boi selain boleh dijadikan bahan campuran dalam jeruk , ianya boleh dikisar halus untuk ditaburkan pada buah-buahan , menjadi bahan campuran dalam air , dimakan sebagai penghilang loya dan menjadi hidangan di ahun Baru China .

Cara Mudah Jeruk Asam Boi


Cara membuat jeruk asam boi sangatlah mudah . Semudah campak semua bahan ke dalam satu bekas dan simpan semalaman . Yang penting , bahan utamanya iaitu asam boi ada bersama .

Jeruk Asam Boi


Untuk menghasilkan jeruk asam boi , anda hanya perlukan asam boi tak kiralah yang berwarna putih ataupun merah , bahan yang anda hendak jeruk dan juga cili padi yang dihiris untuk kesan yang pedas . Selepas semua bahan tersebut bersatu di dalam bekas , anda hanya perlu simpan semalaman di dalam peti sejuk . Keeseokan harinya , anda sudah boleh memakan jeruk asam boi tersebut .

Air Kapur


Untuk mengekalkan kerangupan bahan yang hendak dijeruk , anda perlulah merendam bahan tersebut di dalam air kapur sekurang- kurangnya 15 minit . Selepas 15 minit , bolehlah anda cuci bersih dan masukkan ke dalam bekas bersama bahan lainnya .

Berikut adalah conton buahan yang anda boleh jadikan jeruk asam boi .


Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi





Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam

4

Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam | Sekarang ini , tubuh badan saya ditumbuhi bintik merah . Walaupun tak banyak , kegatalannya memang sangat sedap digaru . Ibarat kurap , makin digaru makin sedap . Dari tahun lepas lagi , sudah ada bintik merah di kaki tapi setakat satu bintik dalam sebulan . Jadinya saya tak banyak fikirlah . Sejak Ogos lepas , bintik itu semakin lama semakin bertambah . Maka jawapannya adalah gigitan pepijat sebab saya tak ada alahan .


Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam

Pepijat 


Pepijat ini merupakan seekor haiwan yang menyerupai kutu kepala . Cuma saiznya itu lebih kecil iaitu sekadar 1mm sehingga 8mm mengikut usia . Bahasa saintifiknya , pepijat dikenali sebagai cimax atau juga dipanggil sebagai bed bugs

Susah tau nak cari pepijat ni di atas tilam sebab kalau dia tak hisap darah lagi , warnanya lutsinar . Tapi bila dah hisap darah , pepijat boleh hidup selama 6 hingga 18 bulan . Dalam tempoh itu , kalau pepijat bertelur , telurnya akan menetas sebanyak 5-500 biji dalam satu masa dan akan menetas hanya dalam 6 hingga 10 hari je . Bayangkan berapa banyak dah pepijat beranak pinak dalam sekelip mata ?

Lagi susah bila pepijat ni suka sangat tinggal di celah - celah sofa , dinding ,lantai papan , paip dan paling geram bila pepijat ni duduk dalam tilam . Kalau dah banyak sangat dalam tilam tu , lebih baik buang saja tilam tu dan gantikan yang baru .

Pepijat ni tidak menyebarkan penyakit yang merbahaya walaupun pepijat menggigit manusia selama 5 minit tetapi berpotensi menyebarkan Hepatitis B .

Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam


Selepas saya dapat kesan yang saya kena gigitan pepijat pada Ogos lepas ,saya cuba kaedah moden dan tradisional untuk menghalau pepijat . 

Cara Tradisional


Masa saya kanak - kanak , saya selalu nampak orang menjemur bantal , tilam dan selimut dibawah panas matahari . Masa tu , saya ada juga tanya kenapa buat macam tu  Mereka cuma kata , kalau jemur bantal dan tilam , tidur malam badan tak gatal - gatal .


Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam

Jemur Tilam


Jadinya , saya cuba menjemur tilam saya . Mulanya saya cuma jemur selama 2 hari saja pada Ogos lepas . Selepas tu dah tak ada bintik - bintik merah dan gatal - gatal lagi . Tapi , bila masuk bulan Oktober , bintik merah makin banyak pula di badan hanya dalam satu malam . Ini bermakna, telur pepijat sudah menetas . Maka saya perlu jemur tilam untuk tempoh seminggu untuk musnahkan pepijat .

Daun Pandan


Selain dari menjemur tilam , sayajuga praktiskan dengan menabur daun pandan yang parut halus ke atas serata tilam . Lepas tu saya tutup tilam itu dengan cadar . Cara ini saya buat pada waktu malam pula . 

Serai Wangi


Sekiranya anda ada menanam pokok serai wangi , anda juga boleh gunakan serai wangi yang ditumbuk kasar untuk ditaburkan diatas tilam kemudian tutup tilam dengan cadar .

Cara Moden


Sekiranya anda tidak ada serai wangi dan daun pandan anda boleh cuba cara moden pula . Anda hanya perlu dapatkan di pasaraya sahaja .

Kapur Barus


Anda juga boleh gunakan kapur barus sebagai alternatif . Caranya , taburkan kapur barus yang sudah dihancurkan dan taburkan di atas tilam kemudain tutup dengan cadar diwaktu malam .


Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam

Ridset Racun Serangga


Dapatkan ridset racun serangga yang kuat baunya . Kemudain anda semburkan ke setiap pelusuk tilam terutama dicelah - celah supaya tak ada pepijat yang terkecuali dari terkena semburan ridset racun serangga . Selepas itu , tutup tilam dengan cadar .

Klorox


Rendam semua cadar dan serung bantal serta tilam dengan klorox yang dicampukan dengan air panas . Selepas satu hari , barulah dicuci .


Halau / Bunuh Pepijat


Sama ada anda gunakan cara moden halau pepijat ataupun tradisional halau pepijat , tujuan utama adalah untuk menghalau ataupun membunuh semua pepijat . Walaupun tidak ada jaminan anda tidak lagi diganggu pepijat , mencuba itu lebih baik dari membiarkan pepijat itu kendurikan darah anda .




Cara Mudah Rawat Selsema Kucing

0

Cara Mudah Rawat Selsema Kucing | Hampir semua kucing di rumah ini menghidapi selsema . Kucing - kucing ini dah menghidapi selsema berbulan - bulan sebenarnya . Mungkin kucing ini menghidapi selsema sebab tak tahan cuaca yang silih berganti panas dan hujan . Kesian bila tegok mata mereka kuyu dan kerap bersin sahaja .

Cara Mudah Rawat Selsema Kucing

Selsema Kucing


Selsem kucing berlaku disebabkan jangkitan beberapa virus iaitu virus herpers dan virus calici juga bakteria .

Apabial seekor kucing mengidapi selsema dan bersin , hingus yang dikeluarkan itu akan berjangkit kepada kucing lain melalui tidur bersama dalam satu kelompok , makan bersama dan minum di tempat yang sama . 

Selalunya kucing yang hidapi selsema tidak cergas disebabkan demam , hilang selera makan sebab hidung tersumbat , mata akan jadi kuyu dan kelihatan merah serta berair .

Cara Mudah Rawat Selsema Kucing


Cara mudah rawat selsema kucing yang dilakukan setakat ini hanya meletakkan sedikit anibiotik untuk kanak - kanak ke dalam minuman mereka . Cara itu agak berkesan . Sama ada lambat atau cepat kesannya , bergantung kepada kekuatan tubuh kucing itu sendiri .




Cara Mudah Hilangkan Jerawat

1

Cara Mudah Hilangkan Jerawat | Tak ada orang sukakan jerawat terutama wanita  kerana wajah adalah alat utama untuk kecantikan . Ramai saja wanita yang tidak berkeyakinan untuk berada dikhalayak umum bila muka ditumbuhi jerawat .


Cara Mudah Hilangkan Jerawat


Bagaimana Jerawat Terjadi


Jerawat boleh sahaja tumbuh di muka bila anda tidak mencuci muka sekurang - kurangnya tiga kali sehari terutama untuk kulit yang berminyak . Ini kerana kulit jenis berminyak menyebabkan kekotoran mudah melekat di wajah . Disamping itu , pori - pori kulit wajah yang terbuka akan memudahkan bakteria bersarang didalamnya . 

Selain itu ,   jangkitan bakteria , masalah hormon tak seimbang , pra-haid , tekanan , penyakit resdung , pemakanan , keturunan , kulit muka yang tidak dijaga dengan rapi juga disebabkan alahan pada bahan kosmetik dan tekanan dalam kehidupan juga menyumbang kepada tumbuhnya jerawat .

Sekarang ini , sudah sebulan rasanya jerebu melanda . Tahap kualiti udara memang merosot sehingga diberitakan sebagai beracun . Udara yang kotor ini sudah tentunya akan melekat di muka anda . Jadinya , anda perlu kerap mencuci muka dan memakai pelindung supaya wajah anda tidak ditumbuhi jerawat .

Cara Mudah Hilangkan Jerawat


Cynta ada formula sendiri cara untuk menghilangkan jerawat ini . Cynta hilangkan jerawat menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja . Cara hilangkan jerawat ini bukan sahaj berkesan pada jerawat biasa malah pada jerawat yang kronik seperti penyakit kulit .


Cara Mudah Hilangkan Jerawat


Cuka Epal


Cuka epal yang kaya dengan serat juga mengandungi asid amino , kalium ( potasium ) , magnesium , kalsium , vitamin , beta karoten , zat asam , enzim dan pectin .

Langkah Merawat

Apa yang Cynta lakukan untuk menghilangkan jerawat di wajah adalah dengan mengambil sesudu cuka epal dan campurkan bersama 3 sudu air . Selepas itu , ambil kapas muka , celupkan pada air yang bercampur cuka epal itu dan sapukan pada wajah sehingga hilang semua kekotoran di wajah . Akhir sekali , cuci muka dengan air suam .

Lakukan sekurang - kurangnya 3 kali sehari . Lagi kerap anda cuci muka dengan cuka , lagi bagus supaya jerawat cepat sembuh . Ianya memang berkesan . Mudah dan cuka epal  pun mudah didapatkan dan harganya juga ada yang murah .




Cara Mudah Hilangkan Kelemumur

0

Cara Mudah Hilangkan Kelemumur | Rambut adalah mahkota wanita . Bagi wanita yang tidak memakai tudung , rambut perlu dijaga rapi supaya nampak lebih bersih , kemas dan anggun . Ada pelbagai cara untuk menjaga rambut . Penjagaan asas rambut adalah dengan menggunakan syampo yang betul dan bersesuaian dengan rambut dengan kekerapan mencuci rambut yang dicadangkan . Masalah utama kepada rambut pula adalah kelemumur .

Kelemumur 


Kelemumur adalah proses semulajadi di mana lapisan kulit mati dan kering  akan mengelupas pada kepala kita secara berlebihan  . 

Kelemumur menjadi gatal apabila bakteria yang wujud secara semulajadi pada kulit kepala terangsang setelah banyak kekotoran pada rambut bersama peluh yang keluar terperangkap dan rambut pula tidak dicuci untuk berapa hari .

Punca


Kelemumur boleh wujud berpunca daripada penggunaan gel rambut , pewarna rambut , minyak rambut serta penggunaan jenis syampoo yang tidak sesuai , tidak cuci rambut untuk jangka masa yang lama dan rambut terlalu lama berada di dalam tudung . 

Selain itu , kelemumur juga boleh wujud apabila berlaku perubahan hormon pada diri seseorang . Tekanan kerja , tekanan perasaan dan pemakanan juga menjadi penyumbang kepada wujudnya kelemumur .


Cara Mudah Hilangkan Kelemumur

Cara Mudah Hilangkan Kelemumur


Rambut saya banyak kelemumur . Antara sebab rambut berkelemumur yang saya dapat kesan adalah kerap berpeluh dan rambut dikepam dalam tudung dalam tempoh sehari . Oleh sebab itu , saya gunakan formula sendiri untuk menghilangkan kelemumur . 

Langkah yang saya lakukan untuk menghapuskan kelemumur adalah dapatkan syampo yang jernih warnanya ( bukan berwarna pekat seperti susu ) tak kira jenama apa . Syampo di atas itu hanya sebagai contoh sahaja . Kemudian , saya ambil beberapa titik syampo tersebut dan campurkan dengan perahan air limau kasturi . Gaul syampo dan air limau sehingga sebati . Selepas itu barulah sapukan ke selururh kulit kepala . Biarkan untuk sekurang- kurangnya 15 minit sebelum dicuci bersih . Lakukan sekurang- kurangnya dua hari sekali . 

Sekarang , rambut saya sudah bebas kelemumur .